Total Comments 12 | Start A New Comment
Post Info Comment
Posted By: nurul

Posted On: Nov 29, 2008
Views: 1897
bingung

salam..

saya x tau mcm mne nk cuba mengubah seseorg
mslh saya ini..
teman lelaki saya baru2 ni mengaku die ade sayang seorang lelaki tetapi lelaku tersebut tidak lelaki lagi jika dilihat dari fizikal..
pada pandangan anda bagaimanakah cara saya untuk membawa teman lelaki saya ini ke jalan yang sepatutnya?

saya tetap menerima die walaupon saya tau saya terluka tetapi saya mengharapkan die untuk berubah dan ttp berada disisinya..


Posted By: Help Me

Posted On: May 17, 2008
Views: 2045
Help ME

Askum, awak kata kalu ada pa2 nak bincang ttg softies, bleh komen kat sini,. Well, I'm one of them.Saya mintak2 sgt awak tlg saya. Saya menjadi sebegini, iaitu lelaki lembut(lebih baik drpd kata pondan)ketika kecik gieh... Skrg saya sudah berumur 16 thn. Saya menjumpai web nie semasa mahu mencari jwpn kpd prsoalan sy. Semasa saya memasuki umur 10thn, di sklh orng mengata saya pondan... pd wak2 berikut sya menafikannya krn hanya 2,3 student sj yg kata. semasa umur 12, jumlahnya meningkat n saya rasa mereka kata sedemikian krn sya lebih kpd berkwn dgn perompuan. Semasa menjejaki ke alm remaja n skolah menengah suma org kata, cikgu pun kata. saya still menafikan dan anggap kata2 tersebut berpunca drpd say berkwn dgn byk prompuan. Nak dkatakan, suma perompuan yg ada d skolah say kenal. Semasa menjejak umur 15 thn br sya mengaku apabila kakak saya merakam pergerakan saya. Oleh itu, skrg saya mahu mencari jwpn pd persoalan saya.

1.saya lelaki lembut,walaupun pergerakan agak lembut n girl-like ttp saya xgay, adakah itu berdosa?

2. Saya sudah cuba untuk berubah, ttp xberkesan, adakah menjadi lelaki lembut ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

3. Selama saya bernyawa, ibu bapa sya jrg bertanya ttg kelakuan saya, mereka cuma pernah kata pergerakan lembut hanya 4-6 kali. Adakah sya memalukan ibu bapa sya?

4. Pd solan 1, mengatakan saya xgay, ttp kini saya gay, ttp saya juga menyukai perompuan dan mempunyai seorangt gf. Apakah sya ini?


Posted By: diri

Posted On: Nov 12, 2006
Views: 2356
masalah

sebenarnya niat saya bukannya untuk menulis komen,tapi untuk mengadu masalah.saya leleki dan saya cenderung ke arah menyukai lelaki.saya amat kecewa dengan diri saya.saya tak boleh menerima diri saya.kalau boleh saya nak hidup seperti lelaki normal yang lain.saya ingin mempunyai nafsu seperti lelaki lain menyukai wanita.tapi adakah saya mempunyai peluang itu.selama ini saya hanya menyembunyikan perasaan saya,tapi ternyata ianya tak membantu ke arah yang lebih baik.

saya beragama islam dan saya tahu allah amat melarang percintaan sejenis.saya juga banyak melakukan ibadah(bukan untuk berbangga)tapi saya masih juga sama.mungkin allah belum memakbulkan doa saya.saya masih tetap menunggu.

saya harap dengan adadnya site seperti ini dapatlah membantu golongan seperti saya.saya berharap sangat ada manusia yang sanggup membantu saya.saya dah tak sanggup mempunyai perasaan ini.saya rasa saya telah melakukan banyak dosa kepada allah.please help me!!!!


Posted By: concerned

Posted On: May 28, 2006
Views: 1695
dalaman

Saya berminat untuk memberikan komen peribadi saya tentang isu yang ingin dibincangkan saudara Zaki kerana saya sangat memahami masalah yang kebanyakan orang fikir remeh dan mudah untuk ditangani.

Terang-terangan saya akui, saya mempunyai masalah personaliti lelaki yang kurang sempurna dan seolah2 masalah itu belum cukup, saya juga mengalami masalah dorongan yang lebih cenderung kepada lelaki berbanding perempuan. Faham2 sajalah dorongan macam mana, dorongan naluri yang kebanyakan lelaki normal nikmati tetapi saya dan sesiapa yang senasib dengan saya masih mencari-cari nikmat naluri normal ini.

Ramai yang mempertikaikan hujah bahawa naluri songsang ini dalaman dan sangat kuat di dalam peribadi golongan seperti ini, seolah2 masalah ini sejenis dengan tabiat merokok, kuat makan, kuat tidur dan apa2 masalah remeh yang lain. Mereka silap, ini ialah isu dalaman, isu personaliti, isu jatidiri yang sangat mengazabkan sesiapa yang mengalaminya. Bayangkan diri anda membenci siapa diri anda sebab dilahirkan dalam badan yang tidak sempurna dan hati yang songsang seperti ini, tetapi akal anda sedar bahawa anda perlu keluar daripada badan ini. Nak buat macam mana lagi? Bedah badan lepastu buat pembedahan pemindahan hati dan jantung ke badan orang lain? Mustahil. Mahu tak mahu, kami terpaksa hidup dgn dilema ini sampai mati.

Secara peribadi, saya amat kecewa dengan masyarakat yang lebih suka menghukum dan tidak mengendahkan golongan yang memerlukan sokongan seperti ini (saya kurang selesa menyebut 'golongan seperti kami' kerana malu dengan masalah ini)dan hanya mengesyorkan cadangan-cadangan cincai seperti 'dalamilah ilmu agama...banyaklah solat..alah apa susah, ingat dosa..ingat neraka' dll. Kalaulah mereka tahu bagaimana rasanya membesar dengan perasaan berbeza dgn orang lain yang tak perlu susah2 nak hidup normal, tau tau je naluri memang kepada perempuan, personaliti lelaki kental, dsb. Ada masanya saya rasa hidup ini tidak adil kerana saya perlu memaksa saya mengubah naluri diri sampai saya rasa seolah2 menipu diri sendiri dan orang lain.

Jangan silap, saya tidah ingin untuk terus tergolong dalam kelompok bermasalah ini. Tetapi saya sering menemui jalan buntu setiap kali memikirkan penyelesaian masalah ini. Ada kalanya saya juga berasa seolah2 Islam tak meberikan jalan penyelesaian untuk isu ini, namun saya yakin yang silap adalah golongan cerdik agama yang hanya tahu bercakap banyak tentan dosa, pahala, azab kaum nabi Lut, dsb. Islam itu syumul, saya tahu dan tentu ada caranya untuk mendatangi kegusaran hati ini. Buat masa ini, saya lebih berminat mencari penyelesaian2 lain buat krisis identiti ini, melainkan anda ada apa2 cadangan bernas dan bukan nasihat2 yang bersifat menakut-nakutkan yang saya sudah bosan dengar--jangan silap, saya akui memang Allah swt melarang keras dosa homoseksual atas sebab2 melindungi kita daripada kesan-kesan menjahanamkan yang datang daripada budaya ini, tetapi saya perlu tahu apa harapan yang ada buat golongan yang menderita penyakit ini. Ataupun kami sekadar wujud sebagai pengajaran buat golongan manusia yang dijadikan normal supaya mereka tak berbuat dosa...which in my opinion is a damn sucky and unfair thing to happen.


Posted By: szakif

Posted On: May 8, 2006
Views: 1670
menutup undian

undian hanya akan ditutup selepas jumlah undi mencecah 100... insya 4JJl saya akan membuat perbincangan tentang softies ini dalam posting blog saya akan datang...

undi, undi gak, bace artikel kat bawah juga ok~


Posted By: szakif

Posted On: May 1, 2006
Views: 1625
petikan dari laman web harian metro III

Lelaki 'Gay' ingin berubah

SAYA seorang homoseksual berusia 28 tahun, mempunyai kerjaya dan masih bujang.

Saya tidak dipengaruhi sesiapa atau mengalami sebarang trauma.

Beberapa kali saya cuba mengubah diri tetapi gagal. Saya `berpasangan’ dengan beberapa lelaki termasuk mereka yang berjawatan tinggi. Kesudahannya saya bersendirian kerana hubungan sebegini tidak ke mana.

Masalahnya, baru-baru ini bekas teman lelaki saya yang sudah berkahwin rujuk pada saya dengan alasan rumah tangganya tidak bahagia. Dia menceraikan isterinya dan berjumpa dengan anaknya seminggu sekali saja.

Saya menolaknya tetapi terpaksa menerima kehadirannya. Kemudian dia kembali semula pada isterinya dan tidak lagi berjumpa saya. Alasan diberi, dia tidak dapat sesuaikan diri dengan saya dan kelakuannya dulu satu kesilapan.

Kini saya sakit teruk akibat tindakannya. Saya terfikir, mungkinkah ia ujian menyedarkan saya supaya meninggalkan cara hidup songsang ini? Apa yang harus saya lakukan untuk berubah dan menyembuhkan luka di hati saya ini?

IZM | Perlis.

ANTARA tujuan hubungan seks adalah penerusan zuriat manusia. Islam sudah merangka hubungan semula jadi dan halal antara lelaki serta perempuan melalui institusi perkahwinan.

Hubungan homoseksual antara lelaki dengan lelaki atau homoseksual serta lesbian bertentangan dengan keadaan semula jadi manusia.

Beberapa alasan diberikan sekarang seperti keturunan, genetik, hormon dan latar belakang merancakkan lagi perbuatan songsang sedemikian.

Ditambah pula dengan media dan gerakan hak kemanusiaan. Islam sama sekali tidak dapat menerima hubungan songsang sedemikian.

Walaupun Islam tidak menafikan kewujudan perbuatan atau faktor menyebabkannya, manusia yang dijadikan Allah sebaik-baik kejadian mesti mampu memilih yang baik dan buruk.

Hubungan ‘gay’ sudah jelas keburukannya pada manusia dan masyarakat. Dalam al-Quran diceritakan kisah kaum Lut yang mempraktikkan hubungan songsang ini.

Mereka bukan sahaja melakukan secara sulit malah terang-terangan sehingga sanggup menyerang dan mengancam orang lain bagi memuaskan hawa nafsu. Kaum Lut akhirnya dihancurkan Allah sama sekali.

Ini kerana tiada kebaikan langsung daripada amalan songsang terbabit (lihat artikel “Homosexuality in the light of Islam” http: //www.alinaam.org.za/library/homos.html).

Untuk berubah anda hendaklah menyedari kejahatan hubungan ‘gay’ selain mengawal nafsu supaya menurut segala perintah Allah.

Setiap larangan Allah mesti ada keburukan kepada manusia dan masyarakat.


Posted By: szakif

Posted On: May 1, 2006
Views: 1491
petikan dari laman web harian metro II

Lelaki tertarik kaum sejenis

SAYA lelaki berusia 31 tahun, namun naluri dan perasaan saya seperti perempuan. Alat kelamin saya boleh berfungsi dengan baik, tetapi rangsangan keghairahan itu datang daripada lelaki melalui penglihatan, pendengaran dan sentuhan.

Saya langsung tiada perasaan kepada perempuan, walaupun duduk berdampingan dengan mereka. Saya pernah cuba berubah, tetapi tidak berjaya. Naluri ini datang ketika saya berumur 12 tahun dan kekal hingga sekarang.

Saya menemui beberapa pakar perubatan seperti psikiatri, perbidanan dan sakit tuan serta menjalani kaunseling, tetapi keadaan saya masih begini.

Saya mudah jatuh hati dengan lelaki yang akhirnya membawa kekecewaan. Pada masa sama, saya juga takut kepada Allah dan mengharap keredaan-Nya.

Soalan saya:

a. Siapakah diri saya yang sebenarnya?

b. Mengapa saya begini dan apa harus saya lakukan?

c. Adakah berdosa jika saya harapkan larangan Allah di dunia ini akan saya nikmati di akhirat nanti?

INSAN
Bota
JAWAPAN

Pengakuan tuan dalam perenggan awal jelas membuktikan tuan adalah lelaki tulen dengan alat kelamin lelaki. Cuma keghairahan tuan adalah abnormal, iaitu apabila lelaki tertarik kepada kaum sejenis dan bukan kepada perempuan.

Ini cuma satu perasaan dan ia mesti diperangi untuk berubah mengikut norma sebenar, iaitu lelaki pasangannya perempuan.

Antara sebab lelaki tertarik pada kaum sejenis ialah apabila dia dibesarkan bersama golongan perempuan atau dalam suasana keperempuanan hinggakan perasaannya seperti perempuan.

Tidak mustahil membentuk diri kerana ia perasaan saja. Jika mahu menikmati nikmat Tuhan di akhirat, mulakan dengan taat pada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya supaya di akhirat nanti akan diberi nikmat syurga. Sesungguhnya Allah mengutuk lelaki yang tertarik pada kaum sejenisnya.


Posted By: szakif

Posted On: May 1, 2006
Views: 1442
petikan dari laman web harian metro

Usah bajai sikap lelaki lembut

Kewujudan golongan transeksual bukan lagi perkara menghairankan dalam masyarakat kita. Malah dalam sesetengah bidang, ia menjadi satu trend yang diterima. Kebanyakannya mendakwa mereka memiliki naluri kewanitaan dan sehubungan itu menggayakan pakaian dan bersolek seperti perempuan. Malah, ibu bapa juga seolah-olah menerima ‘gaya’ anak mereka yang menyimpang daripada lumrah jantinanya.

Soalan saya, sejauh manakah batas perilaku dan peradaban yang dibenarkan dalam Islam ke atas golongan transeksual ini? Bagaimanakah pula ibu bapa boleh mengubah anak supaya kembali normal? Adakah doa atau ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk membantu mereka?

SYAH
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Setiap ciptaan Allah ada hikmahnya. Kita sebagai makhluk perlu reda dan menerima ketentuan yang ditetapkan. Oleh itu, dalam masalah transeksual ini, ia ada berkaitan dengan penyakit rohani.

Berdasarkan kajian psikologi, dilema lelaki lembut ini dapat dilihat sejak kecil lagi kerana ia sifat semula jadi.

Bagi golongan lelaki lembut, Islam melarang mereka membajai sifat kelembutan sehingga sanggup mengubah jantina, berhias seperti wanita, melacur dan berpakaian wanita.

Ini kerana mereka mengubah ciptaan Allah. Lebih bermasalah lagi bagi yang mengubah jantina ‘lelaki kepada wanita’, batas aurat mereka masih sama sebagai lelaki, batas sembahyang mereka juga seperti lelaki dan cara menguruskan jenazah mereka masih juga seperti lelaki.

Ini akan menimbulkan masalah dalam hubungan sosial dan ibadat. Namun, dalam sesetengah keadaan seperti khunsa, mereka berhak memilih jantina yang lebih cenderung dalam diri mereka dan batasannya juga mengikut jantina yang dikehendakinya.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa perlu mendidik anak yang lembut sejak kecil lagi dengan ketegasan, keegoan lelaki dan tidak membiarkan mereka bergaul dengan kawan lembut.

Ini kerana ia boleh membiakkan lagi masalah krisis identiti. Bagi ibu bapa, cara terakhir adalah berdoa kepada Allah supaya anaknya menjadi penyejuk mata ‘Rabbana hablana min azwajina qurratu a’yun’ supaya ia tidak melampaui batas


Posted By: szakif

Posted On: May 1, 2006
Views: 1407
baru menonton Sutun (siri 1)

semalam aku menonton drama sutun... sape2 yang turut menonton ataupun pernah menonton, sila nyatakan pandangan anda tentang watak "Adik" dalam drama tersebut, terima kasih...


Posted By: Amoun

Posted On: Apr 27, 2006
Views: 1435
Wasehhhh

Salam... ... ...

YA ZAKI!!!
Lama aku tak jenguk dah jadi begitu canggih blog ko haha...
Menarik babon laa benda ni!!

Aku akan tunggu entry ko... Nanti aku merapu...
Merapu sini tak syokkkk :P


Posted By: Syasya

Posted On: Apr 26, 2006
Views: 1446
Lelaki yg berjiwa lembut

Dlm perkara tersebut, sudah pasti di sudut agama ianya amat x disenangi. Tapi dari sudut tingkah laku manusia, ianya setia kpd persahabatan & kreatif..jika anda mempunyai rakan sperti ini, anda perlu memberi sokongan, dorongan & kekuatan jiwa mereka.Jika x, sudah pasti jiwa yg lemah akan terpedaya..& m'jadi masalah sosial sperti pondan, pelacuran & sbg nya.Nauzubillah..
(masih x dinafikan..ramai di antara kita masih pandang sinis & malu utk mendekati mereka)


Posted By: szakif

Posted On: Apr 25, 2006
Views: 1454
boleh bincang di sini

kalau ada ape2 yang perlu dibincangkan di sini, just taip pada bahagian komen ni... u'r free to do so... apa2 sahaja berkenaan softies... dan terima kasih kerana mengundi... sharing is caring...