Total Comments 10 | Start A New Comment
Post Info Comment
Posted By: Pelawat

Posted On: Mar 8, 2010
Views: 292
Komen

Teruk........


Posted By: hakim

Posted On: Mar 1, 2010
Views: 282
mana janji

mana dia janji kata YB SALLEH MAN jadi yg dipertuan.

website dah lah x update dan cacamerba..

x kan x dak jawatan pegawai sistem maklumat..


Posted By: bluessmurf

Posted On: Feb 23, 2010
Views: 289
tidak di kemaskini

laman web yang tidak dikemaskini. kenapa aktiviti maulidur rasul 2010 tidak dipaparkan?

saya sungguh kecewa.


Posted By: MOHD NASRI BIN MD REJAB

Posted On: Jan 17, 2010
Views: 268
NASIHAT

ASSALAMUALAIKUM
Saya amat kecewa apabila melihat kandungan web ini yang tidak dikemaskini.Pada masa kini,ramai umat islam menggunakan internet sebagai sumber maklumat dan rujukan,diharapkan dapatlah kiranya mengemakinikan maklumat serta menambah baikkan kandungan dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak majlis agama negeri.Soalan saya,apakah perbezaan diantara MAJLIS AGAMA NEGERI dan JABATAN AGAMA NEGERI?


Posted By: Mufasa

Posted On: Jan 6, 2010
Views: 279
Waktu Solat

Kenapa tiada waktu solat di dalam website bagi Negeri Pulau Pinang...Harus di pertingkatkan lagi...


Posted By: faiezah

Posted On: Dec 25, 2009
Views: 253
Ketinggalan Zaman

Masih di tahap Ketinggalan Zaman. Perlu di upgradekan lagi!


Posted By: muslimah

Posted On: Dec 8, 2009
Views: 261
Mengambil contoh baik pihak lain

Pihak Majlis boleh merujuk dan mengambil contoh maklumat yang perlu ada dalam website-website Majlis Agama Islam Negeri lain, ini dapat membantu masyarakat berinteraksi dengan pihak Majlis dengan melihat perkembangan terbaru pihak Majlis


Posted By: mursyid

Posted On: Dec 2, 2009
Views: 255
Kurang pengisian dalam website

Teknologi semakin hari semakin canggih. Manusia memerlukan maklumat hanya dihujung jari. Tapi pihak tuan tidak melakukan apa perubahan dalam website.


Posted By: hj zulh

Posted On: Oct 24, 2009
Views: 330
Jawatankuasa Qaryah & Pegawai Masjid

1. Senarai perlantikan pegawai masjid dah ketinggalan zaman. Mana ada lagi jawatan Khatib dan Pembantu Khatib? Kenapa tidak di update laman web ini?
2. Sepatutnya perlantikan j/kuasa Qaryah dicadangkan oleh anak-anak qaryah untuk dilantik oleh MAINPP. Apa yang berlaku sekarang ialah terdapat Pengerusi Qaryah yang di lantik oleh MAINPP hanya datang seminggu sekali ke masjid (hari Jumaat). Anak-anak qaryah lebih mengenali orang-orang di dalam qaryah mereka bukannya Pegawai Tadbir Agama Daerah.


Posted By: Hamba Allah

Posted On: Sep 9, 2009
Views: 428
Akaun

Sila sediakan akaun yang lebih terperinci dan mengikut shariah. Terutama sekali dalam urusan penjagaan waqaf. Nyatakan tanah tanah waqaf yang ada di Pulau Pinang dan tunjukkan usaha usaha yang telah dilakukan oleh MAIPP dalam pengurusan awqaf tersebut.MAIPP harus lebih telus dan transparent sesungguhnya segala harta itu adalah milik Allah swt. Sekian wassalam